Follow Dashboard
Salam 25 Ramadhan ;)
Thursday, June 30, 2016 | 7:14 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah harini genap 25 hari kita berpuasa. Sooooo berapa hari lagi nak raya gais? Lets counting together! haha excited je kan. Bila cakap pasal raya, semua orang happy, semua orang tak sabar sabar nak balik rumah yelah nak bergaduh dengan adik beradik and bergosip dengan parents yedok? (bonus dkat orang yang free from assignment macam aku eheks namo jelous tau ;p). Yup, couldn't agree more paling best bila balik kampung atuk nenek kita kan (to those yang kampung jauh tu double best kot! seriouz talk. Tak macam kita kampung dedua dkat seremban je huhu) Eh wait cakap pasal happy? Hmm happy kah azirah? Ok lets be frank, I really dont know what to feel. Boleh tak nak cakap yang aku rasa happy bercampur sedih? Haa cemana tu en. Takpa, biarlah Azirah Zulkifli je yang rasa cemana eh. Nanti kalau korang rasa gerenti sakit punya. Bukan apa, bila diberi ujian yang bermacam macam siapa je rasa tak down kan. But still I maintain ok je, no worries :)

Eh, dah nak buka dah. So harini buka apa? Sis buka air mineral je (no, i am serious) hm takda selera nak makan nasi maybe sebab dah kenyang makan hati kot? Tapi tak bermaksud tak puasa hokkey hehe. Ok next post nanti cerita sebab apa makan hati semua tau (in shaa Allah). Oraite, till then. Nak get ready for maghrib & iftar. Boring je eh post kalini? haha macamlah post sebelum sebelum ni tak boring je. Tahpape je kan hm sorry lah, blog ni memang untuk aku lepaskan apa yang bermain di fikiran je. Kalau rajin taip, I post je. Kalau tak, just simpan jelah dalam hati sampai dia luput sendiri. Nak baca, taknak baca terpulang. But all i wanna say is...

Thanks for reading.

I am back.
Saturday, May 21, 2016 | 6:11 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t  

Hi, ok where can i start? haha i feel so awkward yknow! xD Yela apa taknya, last update 2013 kalau tak silap. Almost 3 years? can you feel me? Actually bukan taknak update, tapi masa tak mengizinkan (padahal malas) hahah. K, so hows life, Azirah? lets be frank lah kan, I have no idea with my life right now. Everything's change. Dah tak jadi budak sekolah, dah jadi budak unibersiti. Dah tak jadi budak belasan, dah jadi remaja puluhan and macam macam lagi lah yang 'dah tak jadi'. But whatever it is, terima hati yang terbuka. Life must go oooooooooon.  Tadi adalah jap baca post dulu dulu hahaha macam hampeh je aku post. Ayat taknak kalah (padahal sekarang pun sama je brrrrr) Lol intro pun dah banyak melalut. Azirah sangat.

Ok first of all, last week dapat result for semester 4 alhamdulillah rezeki, i got dl for the fourth time! hehehehe. Thanks to my baby girls/budak itam/trio babies, Azwa & Mira yang banyak bagi tunjuk ajar and susah senang sama sama siapkan assignment yang bertimbun. Fuh, we did it girls! Congrats jugak untuk mereka :* So, untuk sem seterusnya or senang cakap last sem utk diploma ni kena struggle sikit memandangkan banyak course yang agak tough. Well, dah namanya sem akhir untuk diploma kan. Nak taknak kena hadap lah even bila tengok course outline boleh tertelan airliur banyak kali. Yup, sem depan kitorang ada course berkaitan event. Senior dah ramai yang takut takutkan cakap susah lah, kena kuat fizikal mental lah, bla bla bla. Takpala, belajar mana ada yang senang kan? ada usaha, in shaa Allah yang lain Allah akan tolong. Trust Him. Harap untuk semester akhir nanti semuanya akan berjalan dengan lancar. Aamiin.<3 font="" nbsp="">

The next thing is, aku tengah stress dengan berat badan aku yang naik mendadak lepas spm dulu. Mendadak teruk sampai level confidence aku pun turun mendadak. Can you imagine that? tulah, lepas spm dulu makan tak ingat dunia. Konon nak lepas geram lepas stress bertungkus lumus belajar. Hasilnya.......... hmm berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Boyprend pun larik. Eh kesitu pulak? Susah nak cakap, tapi tu lah kenyataannya lol. No more pak arab lah, pak ustaz lah and all that. Since 2015 lagi kitorang dah lost contact and memasing bawa diri. Mungkin tu yang terbaik utk kitorang, so aku relakan  kah kah kah (gelak setan). Sedih? lol merana sampai 4 tahun tu lagi sedih bila diingatkan.

But it's not the end tau since i knew someone ha ha. K lah K lah nak cerita ni. Aku kenal dia ni dah lama dah sebenarnya since form 1 tapi masa tu aku jual mahal. Memilih nak berkawan. So i just ignore him sampailah satu hari tu (tahun lepas), he started to approach me first on twitter and then we start bla bla bla. Actually dia ni pelik sikit. I mean pelik sikit di antara kawan lelaki yang aku kenal. Haha idk, he is such an unpredictable boy pun ada jugak tau. Susah nak kenal. Tapi disebabkan dah pilih untuk berkawan je, so aku macam tak kisah pun. Hamboi, cerita macam dia ni pakwe aku je. Nope, he's not my boyfriend but I do, we have the same goal to achieve which is to stay together forever? he he he. Ok lah that's all for today. Dah lah kot. Nanti cerita lagi. 

Thank you for reading :*

Tatkala Hati Mula Berbicara :')
Sunday, September 8, 2013 | 6:20 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hi guys, sihat? Alhamdulillah. Okay harini takmau banyak cakap. Nah, baca lah kata kata yang terlahir dari hati dan sanubariku ini. Hikss~

" Aku yang kini bernamakan masa lalu. Haruskah aku berhenti mencintainya dan memulai untuk membencinya? Sungguh terasa sangat aneh bagiku. Kerana dia yang selalu ku sapa lembut disetiap pagiku.., dia yang hatinya bagai guci mahal yang selalu ku jaga.., dia yang telah ku anggap sebagai matahari tempat dimana duniaku berputar.... Kini, hanya menganggapku lembaran penuh sesak yang hanya berisi kenangan yang bahkan kini ingin dia hilangkan dari memorinya. Kini, inilah aku. Aku yang bernamakan masa lalu baginya. Yang kehadiranya tak dianggap... yang namanya terhapus... yang kenangan bersamanya dianggap kesalahan... Ya, ini lah aku. Aku dalam diamku. Serta aku dalam hatiku yang tercabik hingga tak berbentuk lagi. Dan engkau, terima kasih atas segala galanya. Maaf, kerana aku tidak pernah sempurna untuk siapa siapa pun.. "
                                                                                                                                                        

                               
Terima kasih.   

                                                                                                              Yang menulis,
                                                                                                             AzirahZulkifli

Kau yang bernama Insan..
Friday, August 30, 2013 | 6:25 PM | 0 comments


Aku kata aku benci kau.
Aku kata aku dah tak merindu.

Bukan aku nak tipu.
Cuma tak bagitahu hal sebenar.

Kamu tetap ada dalam hari-hari ku.
Cuma aku yang menafikan nya.
Rindu tetap ada.
Cuma aku mahu diam.
Maaf.

                                                                                                         Hamba Allah,
                                                                                                        Azirah Zulkifli

Welcome, May! :)
Thursday, April 25, 2013 | 7:21 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t  

Hi there! Sihat? Alhamdulillah. Hmm kepada yang tak sihat tu, jangan mengeluh k? Allah sayang kita. Thats y dia uji kita dengan kesakitan sebb dia nak tengok sejauh mana kita sayang dia. Sweet je kan Allah? hee :') Actually, aku pun kurang sihat ni. Kepala ni asyik sakit je. Kelmarin dah pergi jumpa doktor. Doktor pun tak tahu aku ni sakit apa. Dia just syorkan aku pergi dkat pakar sakit mata and check mata aku ni sebab sakit kepala aku melibatkan mata. Adakah selepas ini aku akan jadi gadis bercermin mata? Oh tidaaak! Tak mahu... hm tapi kalau dah itu takdirnya, nak buat macam mana kan? Cermin mata pun cermin mata lah. Ya, i know kalau tk nak pakai cermin mata pun, pakailah contact lens kan? Actually, bukan apalah.. dah banyak cerita pasal contact lens ni aku dengar. Ada tu yang sampai kena operation mata bagai sebb lens dia dah sampai ke belakang mata gara gara terlupa nak bukak contact lens tu time tidur. Ish, seram pun ada. So aku decided taknak lah pakai sebb aku ni careless jugak. Karang tk pepasal hilang sebelah mata aku ni. Takpun, dua dua mata sekali hilang. Woishh~ takutnya. Okay dah dah dah. Takpayah nak over sangat lah kan? Tutup cerita pasal mata. But alhamdulillah, sekarang sakit kepala tu dah kurang sikit. And rasanya, mata aku tak rabun lagi kuts. So......tak payah lah check dkat optometrist tu. Hehhh ;D

Wait. Pejam celik, pejam celik dah penghujung bulan 4 kan? and.. want to know something?........... Mid Year Examination is around the cornaaaaarrrr. Say whaaaat???! Errr mimpi ke apakah ini? *tepuk pipi sejuta kali* Okay tak, tak mimpi pun. Ini kenyataan! Dan makin dekat jugaklah jarak aku dengan En. SPM. Erghhhhhh howwww ah? Sempat ke nak cover form 4 ni? Dah ready 100% ke belum ni? Okay pertanyaan demi pertanyaan sedang bermain di fikiran. Apa apapun, aku akan tetap berusaha. Ye, Malaysia boleh! Azirah pun boleh! Ihiks. Pray for me ya guys :* Oh ye, tak lama lagi PRU 13 right? Wuuuu kemain banyak lagi bendera bendera telah dipasang di sekitar2 kawasan baik dkat taman perumahan, and dkat kawasan bandar. Fuhh! Amat gamak sekali sambutang PRU kali ni ye? So.....korang semua undi apa? Eh kejap, layak ke korang nak mengundi ni? Umur pun tak cukup lagi. Hehe same goes to me lah. Tapi kita berhak jugak untuk memlih siapa yang layak mentadbir negara ni kan? So, buatlah pilihan yang bijak. Peace :) Hidup Malaysia! haha. 

Eh, okaylah. Dah Maghrib dah ni. Gottogo~ Terima kasih daun keladi, semoga kita bertemu di post lain kali. Assalamulaikum *kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang*

xoxo,
AzirahZulkifli


Old things
Assalamualaikum. Turn on the light if you want to view this unprivate diary.

Thanks for visit ♥