The Windmill Station, Seremban 2 ;)
Saturday, January 26, 2013 | 2:17 AM | 0 comments
Assalamualaikum and Hi! ♥
24 Januari 2013 - Sanah Helwah Ya Rasullulah. Ya Allah rindunya dkat baginda. Alhamdulillah, rasa bertuah sangat dapat jadi umat baginda kan? Ingat ye, tak semestinya pada maulud rasul je kita kena ingat nabi kita, tapi time hari2 lain pun kita mesti kena ingat baginda dengan selalu berselawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua diperolehi keberkatan di dunia dan di akhirat kelak. In shaa Allah! So masa hari maulud nabi tu, biasa lah Public Holiday kan? And yeah, macam biasa aku kena bangun pagi, kemas rumah, tolong ibu abah and so on. Penat? Tak jugaklah sebab time pagi tu, hari sejuk je. So peluh tu macam nak taknak je keluar kan sebb dia pun masih membuta lagi dalam kelenjar kulit aku ni. Tak lawak k -,- Brrr. Oh one more thing, dengan kesempatan ini, aku dgn berbesar hati nak bgtahu bahawa sebagai rakyat Malaysia, aku amat beruntung dapat tinggal di negara yg amat makmur ni. Save Gaza, Save Palestine. *Eh tetiba. haha :D Tu dah merepek sangat dah tu. Dah..... taknak panjang sangat introduction ni. Nanti kemain berjela jela pulak post ni macam post dua sebelum ni. Serious tak perasan wei time aku type post tu. Maybe sebb terlampau syok sangat cerita kenangan kenangan dulu dengan 'genius boy'. Haha kalau dia tahu aku panggil dia camni, mesti dia marah. Orang puji, tak suka pulak. Haih manusia2... pelik pelik je. Kalau aku lah orang puji genius, fuhh fuhh bagaikan dunia ini ana yg punya. So apa tunggu2 lagi? puji aku sekarang! *Err apahal ni? Gelabah betul~ -.- haha. Okay tak, itu hanyalah gurauan semata mata untuk menghiburkan hati. Muehe.
Semalam, eh kejap. I mean, kelmarin lah sebb sekarang pun dah pukul 2.15AM. So...... lepas dah siap semua kerja kemas rumah bersama sama dengan ahli keluarga tercinta, baru nak rest kejap dalam bilik along, ibu dah masuk bilik cakap "along azie, siap ye? kita makan luar". And me was like......"huh? makan luar? err penatnya! malas lah nk bersiap" *bermonolog dalaman* je tuh k. Depan ibu just cakap "oh okay bu". Ye ye je okay, tapi still tak gerak gerak lagi untuk bangun dan siap. Dasar pemalas jugak aku ni. Haha. Tapi nasib baik ibu seorang yg amat memahami. Dia bagi masa about half and hour untuk kitorang siap. Biasa ah perempuan kan. Lelaki lain, tak sampai 3 minit dah siap. "Sap sap sui!" bak kata ibu. Haha. Then lepas dah siap semua, and yeap, aku simple je with Orient Japan T-Shirt dimana baju itu abah yang bagi. Okay ah tu kan? Keluar pergi makan je. Bukan pergi nikah pun. Haha. So dalam pukul 2 lebih macamtu kitorang gerak keluar dari rumah. Sebelum pergi makan, saje jalan2 dekat Seremban Town dulu. And kebetulan, along kena amik gambar passport untuk resume dia, so kitorang singgah ah kejap dengan Photo Lazer Imagez. Actually memang tempat tu jelah yg kitorang selalu pergi bila nak amik gambar passport. Kiranya pelanggan setia ah ni sampaikan boss cina tu pun dah kenal sangat kitorang. Haha. So masa tengah tunggu along amik gambar yg ditemani oleh ibu , aku and abah duduk2 dkat luar tu saje survey2 kamera DSLR. Actually hobi abah mmg suka tangkap gambar family. So for sure ah dia nak gambar yg terbaik dan sangat berkualiti untuk dijadikan sebgai kenang kenangankan. Jadi bila usha2 kamera dkat situ, abah dah tertarik and terpikat dkat Canon D50. Harga dia pun abah cakap okay sebab ada free battery lagi. So for me, tak kesah lah yg mana pun. Ikutkan ajelah. haha.
Then, lepas gedebak gedebuk jalan2 dkat Seremban Town, abah terus bawak pergi Seremban 2. Uuuyeah, menikmati udara yg sangat sejuk dan aman. Mendung habis eh time tu sebab nak hujan. Carik punya carik dkat area City Park Seremban 2 tu, then terjumpalah Restoran The Windmill Station. Mula mula time kitorang nak masuk tu macam was was jugak sebb tak ramai orang. Yelah mana tau kan tak sedap ke apa. Tapi memandangkan masa tu hari pun nak hujan, so takda pilihan lain masuk jugaklah dalam restoran tu. Bila lepas dah pilih2 makanan semua, tah macam mana kemain ramai pulak family yang datang makan dkat situ. Bak kata ibu "family kita ni pembawa rezeki kot". Haha wallahualam lah kan. Tu semua tuhan yang aturkan. So far, menu dkat situ semua nya sodap sodap bolako. Kalau aku, rasa nak je order semua makanan. Ya Allah, teruk betul perngai. Mana badan tak gondut. Haha.. Alah gondut2 pun, still lagi ada family yg sayang. Jadi kira okay lah tu kan? ;) And comel apa gendut2 ni. haha *pewasaaaaan! -.- So Chicken & Fish Nasi Goreng Nenas with Hot Chocolate ialah menu pilhanku. Alhamdulillah, service dia pun okay je. Tak lama lepas order, makanan and minuman pun sampai. No need to tunggu lama lama sampai bosan. Haha terbaikk lah (Y) Lama jugak lah kitorang menetap dkat restoran tu sampaikan owner rastoran tu pun sempat lagi borak2 dengan abah and yg paling best, memandangkan abah suka pokok, so dia bagilah abah pokok yang ada dkat restoran tu. Takdalah semua de kan. Satu jenis je lah. Haha, aku hanya mampu tersenyum je on that time okay. Speechless. Bila tengok reaksi ibu time owner tu bagi abah pokok, rasa mcm nk tergelak pun ada jugak sebb muka ibu dengan tiba2 berubah jadi terkejut dengan mata dia bulat bulat. Haha so cute lah xD So I think, dalam pukul 5 macamtu, barulah kitorang berambus, get loose, foot loose keluar dari situ. Tahlah hujan lebat pulak tu. Nasib baiklah boss tu bagi pinjam payung dia. Again, baik betul hati boss tu. May God bless him ;) And here.... antara gambar2 yang abah snap secara candid. Haha ignore my face. Muka excited nak menikmati makanan yg sodap komain lagi tu. Be jealous please? haha. Serious, entah bila abah amik gambar ni semua pun aku tak perasan. Serious okay? Tapi yang gambar along and abah tu, aku yang amik. Itupun, mulut aku bising cakap "abah along! pandang sini. nak amik gambar." haha. So have a look!
Baru nak start melahap, haha :D
Dan tengah melahap, Ya Allah mulut tu. Ignore it okay? xD
Along, with her Bihun TomYam. Sangat sedap okay TomYam dia.
Kaw Kaw punya :D
Haa~ Gambar ni lah yg dimaksudkan tadi tu. Haha.
Love them! :D
Ibu yang sibuk melayan satu satunya Hero dalam Zulkifli's Family.
Such a cheeky boy! Really love them too :D
And lastly for desert, BANANA SPLIT! :D
xoxo,
AzirahZulkifli