Wahai Sahabat ;)
Friday, February 15, 2013 | 2:04 PM | 0 comments
Assalamualaikum and Hi! ❤
"Saya bukan sahabat yang setia seperti Abu Bakar, membenarkan segala kata-kata Rasulullah SAW hingga digelar As-Siddiq. Saya tak sebaik beliau menyembunyikan kesakitan hanya kerana tidak mahu sahabatnya gusar. Saya bukan sahabat seperti Ali yang bicaranya penuh hikmah dan kebijaksanaannya diakui Rasulullah. Hidupnya sebagai mukmin bermula saat usia masih mentah, hinggakan cinta Fatimah Az-Zahra menjadi miliknya. Saya bukan sahabat sehebat Umar Al-Khattab yang hatinya cair kerana bacaan Al-Quran. Saya juga tak seberani dia sehingga digelar Al-Faruq kerana ketegasannya dalam menjaga agama. Sedangkan saya? Saya bukan sahabat berperibadi hebat bak Uthman hingga Rasulullah SAW sanggup menyerahkan dua puterinya kepada insan bergelar Zunurain ini. Sahabat, mereka ini sahabat yang dijanjikan syurga. Sedangkan saya? masih terkontang-kanting dalam membentuk diri. Entah bagaimana timbangan al-mizan kelak. Usahlah mengharapkan kesempurnaan daripada saya sebab diri saya tak maksum.
Maafkan saya andai ada silap dan salah."
Maafkan saya andai ada silap dan salah."
xoxo,
AzirahZulkifli