Follow Dashboard
La Tahzan
Friday, March 15, 2013 | 1:06 PM | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t  


"Aku tidak boleh dimarahi. Walau sedikit sahaja. Hati ini mudah sangat sakit. 
Air mata mudah jatuh. Paksa diri tahan menangis, namun lagi laju air mata mengalir.
Aku hanya tidak mahu orang lain rasa bersalah, terhadap aku yang cepat mengalir air mata.Aku tidak mahu orang pandang aku lemah. Apakah hati ini terlalu lembut ?
Mungkin."

Sebagai seorang wanita, ALLAH memang ciptakan hati kita ni lembut dimana ianya mudah tersentuh, mudah simpati dan juga mudah menangis. Buat awak yang masih menangis disana, saya juga tahu bagaimana rasanya terluka, kecewa, disakiti dan apatahlagi merasa dizalimi. Seluruh hati ini terasa begitu pedih dan sakit sehingga jasad turut lemah tidak berdaya. Semahunya menangis sepuasnya dan ingin sekali mengkhabarkan ke seluruh dunia betapa hati telah remuk dan berhenti berharap. Kala itu jiwa bercampur dengan rasa sedih, marah dan seringkali dendam itu datang memujuk. Saat itu, orang diluar sana sama ada rakan setaulan mahupun saudara terdekatmu sama sekali tidak akan memahami dirimu. Bercakap itu selembut-lembut lidah, tapi hati yang merasai jauh lebih mengerti. Hatimu terasa sungguh sunyi. Dunia bagaikan kosong. "Kenapa mesti aku yang rasa semua ini?" Persoalan itu kerap muncul menerpa fikiranmu. Ya, seperti mana yang kita semua telah ketahui, dunia ini tidak pernah menjanjikan bahagia buat penghuninya. Hidup kita jauh berbeza walaupun dibawah langit yang sama. Awak dengan hidup awak. Saya dengan hidup saya. Mungkin awak rasa hidup awak paling malang. Tapi saya juga nak awak tahu, suatu hari nanti awak akan rasa betapa bertuahnya diri awak. Awak akan sedar betapa beruntungnya awak diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu. Pandanglah dunia dengan sederhana, berdoalah sesungguhnya dan menangislah kala sujudmu. Pasti jiwamu ringan dari segala beban. Pasti tiap tangisan mendamaikan, kerana Allah adalah jawapan dan sandaran terbaik buatmu malah pada seluruh hamba-hambaNya. Dan yang paling penting, tadbir dan takdir Allah tidak pernah tersilap. Jadi buat awak yang telah dipilih ALLAH, La tahzan, innallaha ma’ana. Smileeee always :) Till then. Assalamualaikum ya ukhti. *kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ;D*

So here note to all muslims guy :

                                    Women are fragile. Handle them with care

xoxo,
AzirahZulkifli


Old things | New things
Assalamualaikum. Turn on the light if you want to view this unprivate diary.

Thanks for visit ♥